SMK DATO' SYED ESA

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa (nama dahulu: Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kolam Air (SMKA)) atau nama ringkasnya SMK Dato' Syed Esa (SMKDSE) merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak berdekatan dengan sebuah hospital kerajaan iaitu Hospital Batu Pahat di Batu Pahat, Johor.

Wednesday 31 December 2014

PPPM 2013 - 2025


PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

KENYATAAN AKHBAR PENJELASAN PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR OLEH YBHG. DATO SRI KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.
Seperti sedia maklum bahawa YAB Menteri Pendidikan pada 29 Disember 2014 telah mengumumkan penangguhan permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2015 selama seminggu. Sehubungan itu, tarikh baru permulaan sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad) dan bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan surat siaran kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua sekolah memaklumkan tentang penangguhan tersebut.

Klik pautan untuk baca seterusnya..

HARI KELEPASAN AM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM TAHUN 2015

Untuk tindakan,

Semua Pegawai
Pejabat Pendidikan Daerah Patu Pahat
Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Daerah Batu Pahat

Tuan,

HARI KELEPASAN AM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM TAHUN 2015

Bersama-sama ini disertakan surat dari JPNJ dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

sekian, terima kasih.


BARISAN PENTADBIR YANG BAHARU BAGI TAHUN 2015


Monday 29 December 2014

TAKWIM MESYUARAT UNTUK GURU BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2015


Oleh RA1976

SEJARAH SMKDSE siri 1

Sejarah Sekolah Menengah Jalan Kolam Air, Batu Pahat bermula pada 8 Mei 1962. Pada mulanya, SMKA merupakan sebuah sekolah yang menumpang bangunannya di Sekolah Tinggi Batu Pahat , ketika itu ia dikenali sebagai Sekolah Lanjutan yang menampung pelajar-pelajar aliran Melayu dan Inggeris yang gagal masuk ke Sekolah Menengah melalui Sistem Peperiksaan Penilaian M.S.S.E.E (Peperiksaan Memasuki Sekolah Menengah).

Apabila sistem peperiksaan MSSEE itu dimansuhkan pada tahun 1964 dengan sendirinya Sistem Sekolah Lanjutan juga terhapus, maka pelajar-pelajar lelaki dan aliran Melayu diserapkan ke SDBL, manakala pelajar perempuannya ke STA. Kepada mereka yang mengikuti aliran Inggeris meneruskan persekolahannya di sekolah ini yang telah diubah namanya kepada Secondary English School, Jalan Kluang, Batu Pahat, yang pada ketika itu menumpang pula bangunannya di Sekolah Rendah Hwa Nan, Batu 3, Jalan Kluang, Batu Pahat.

Tetapi pada tahun 1967 nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Inggeris (2) dan berpindah menumpang di Sekolah Tinggi apabila sebuah sekolah baru didirikan di Jalan Kluang dengan nama Sekolah Menengah Rendah Inggeris (sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Munshi Sulaiman), ia menumpang












 pula di situ. Setelah menumpang dibanyak bangunan sekolah lain termasuk juga di SDBL pada tahun 1970 maka mulai 1 Jun, 1973 Sekolah Menengah Inggeris (2) memulakan sejarah barunya dengan memulakan persekolahan di bangunan sendiri dengan nama barunya iaitu Sekolah Menengah Jalan Kolam Air, Batu Pahat. Pada ketika itu muridnya berjumlah 592 orang dengan 27 orang guru yang diketuai oleh Encik Gorbax Singh.

Adalah diharapkan dengan kerja keras murid dan guru dan disokong penuh oleh semua pihak khususnya ibu bapa. Prestasi akademik juga ko kurikulum sekolah ini terus meningkat dari masa ke semasa. Pentadbiran dan pengurusan sekolah ini telah dipertanggungjawabkan kepada beberapa orang Guru Besar/Pengetua seperti berikut:
Pada hari ini, sekolah ini menampung seramai kira-kira 1850 murid dan 93 orang guru dengan kelas dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan Lima dalam dua sesi persekolahan pagi dan petang. Sekolah ini juga telah menampung pelajar Pendidikan Khas (Pekak dan Bisu) seramai kira-kira 20 orang pelajar dari Tingkatan 1,2,3 belajar di sekolah ini. Pelajar Rancangan Khas Agama dari Tingkatan 1 hingga 3 seramai 137 orang pelajar ditempatkan di Asrama Pusat SMKA. Sekolah ini akan terus memainkan peranannya sesuai dengan kehendak matlamat dan objektifnya yang telah ditentukan ke arah kecemerlangan pendidikan seluruhnya

SALAM GEMILANG.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca budiman.
Selamat datang diucapkan keoada pengunjung blog ini. Blog ini dibangunkan bertujuan menjadi wadah dalam urusan penyampaian info kepada warga sekolah sama ada di kalangan pentadbir, guru, staf, pelajar mahu pun pekerja swasta. Walaupun banyak blog sekolah ini yang telah wujud dalam rangkaian internet, tetapi blog ini merupakan blog RASMI Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa, Batu Pahat bermula 1 Januari 2015. Salam perkenalan.

Admin.
RA1976